BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 22, 2008

Peperiksaan Hampir Tiba..

aaaaaa.....peperiksaan hampir tiba...

2 September ini, semua pelajar tingkatan 1 dan 2 akan menghadapi satu lagi ujian iaitu peperiksaan P3.....

diharapkan semua pelajar tingkatan 2 dapat keputusan yang terbaik...

Good Luck...
Study...

Friday, August 15, 2008

Nikmat Kemerdekaan..


Dengarlah cucunda nenda berpesan,
Tentang pentingnya kemerdekaan,
Janganlah ia disia-siakan,
Kelak kesalnya berpanjangan.

Kemerdekaan besar nilainya,
Lambang kebebasan rakyat jelata,
Aman dan makmur negara tercinta,
Kita pun hidup dalam bahagia,
Bagi mengisi kemerdekaan ini,
Marilah kita menabur bakti,
Bersama bangunkan ibi pertiwi,

Negara akan bertambah maju,
Berkat rakyatnya sentiasa bersatu,
Kekalkan perpaduan wahai cucunda,
Bersatulah kita setiap masa,
Walau dimana cucunda berada,
NIkmat kemerdekaan pelihara sentiasa.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-51..
MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

Hasil nukilan bernas daripada:
Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli

Cuti Sekolah bermula...

Hari ini(15Ogos08), semua pelajar pulang ke halaman rumah masing-masing.Cuti sekolah kali ini selama seminggu bermula 16-24 Ogos.Pada pagi itu, pelajar diberi nasihat oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Abd.Razak bin Alias tentang keselamatan, study sebab lepas cuti nak pekse dan banyak lagi.



SELAMAT BERCUTI...


Altimas' followers forever!