BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 27, 2008

Adab Makan Yang Baik(Siri 2)

  • Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  • Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  • Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  • Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
  • Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.

Sunday, September 14, 2008

SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1.Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 .Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


wallahua'lam

Adab Makan Yang Baik (Siri 1)






  • Makan hanya bila terasa lapar.

  • Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.

  • Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”

  • Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

  • Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

Nantikan adab makan yang baik(Siri 2)

Saturday, September 6, 2008

Adab Berpuasa Bagi Mendapatkan Keredhaan Allah S.W.T

Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadan, kita perlu menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama...
Hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.
Rasulullah (saw) bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati.”

Kedua...
Jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya.
Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): "Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya Sahabi itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya."

Ketiga...
Hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan.
Rasulullah (saw) telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."

Keempat,...
Lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.

Kelima...
Tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud daripada puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah untuk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita. Selama sebelas bulan kita makan dan minum dengan sebebas-bebasnya, maka pada bulan Ramadan, patutlah kita mencerut sedikit perut kita. Selalunya, kita menjadikan tabiat buruk dengan memenuhkan perut kita sepenuh-penuhnya semasa iftar dan sekali lagi menyumbatnya tatkala bersahur sebagai persiapan menghadapi siang harinya. Maka sebenarnya kita menambahkan purata makanan kita. Dalam Ramadan, jenis makanan yang kita makan, tidak pernah dimakan pada masa-masa lain. Pemakanan yang begitu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan semangat Ramadhan dan berpuasa. "Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar."Begitulah juga, perasaan akan dapat dipupuk terhadap si miskin dan orang yang lapar. Nabi saw kita sendiri bersabda: "Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah (swt) selain sesuatu yang diisi penuh iaitu daripada memenuhi perut dengan makanan." Pada ketika yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong."

Keenam...
Selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yang penting tertinggal. Hendaklah berasa takut-takut mungkin amalan-amalan kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa-peristiwa begini banyak diriwayatkan dalam hadis. Maka seseorang yang berpuasa bukanlah setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt).


Enam perkara yang disebutkan di atas adalah wajib bagi orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Kepada yang lebih bertaqwa lagi, perkara yang ketujuh ditambah lagi kepadanya. laitu, semasa menjalani puasanya, janganlah dia bimbang apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka. Sebahagian Syeikh-syeikh sampai menganggapnya sebagai batal apabila memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki.

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

10 Wasiat Imam Syafie,,,

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Altimas' followers forever!