BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

KaPaL TeRBaNG..

Kapal terbang sedang membawa sekumpulan pesakit gila bagi tujuan memindahkan mereka daripada hospital bahagia lama ke hospital bahagia baru.
Sedang dalam penerbangan pesakit-pesakit gila tidak duduk satu tempat dan membuat bising sahaja, maklumlah orang gila lah katakan.
So, Pilot memberitahu kepada Co-Pilot ” awak pergi kat depan tu dan suruh mereka diam peninglah kepada saya”
So, Co-Pilot pun pergilah kedepan dan mereka semua diam….tetapi mereka tak diam masih buat bising, tiba-tiba datang seorang pesakit ni datang terus memberi tahu “Tuan cuma orang gila sahaja yang boleh bercakap dengan orang gila yang lain, memandangkan saya dah nak baik ni, biar saya sahaja yang beritahu mereka” lalu Co-Pilot pun berundur dan terus pergi kepada Pilot.
Selepas beberapa minit Pilot pun berkata ” Aik senyap jer apa yang awak dah buat pada mereka?” dengan perasaan hairan Co-Pilot pun pergi kedepan tetapi kosong cuma tinggal orang gila yang mengaku dah nak baik tu sahaja lalu Co-Pilot pun bertanya mana pergi semua pesakit lalu orang tersebut jawab saya kata kepada mereka “kalau nak buat bising sangat pergi lah main kat luar”

Monday, December 29, 2008

MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah /
Awal Muharram

1 Rejab 1424

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.



Sunday, December 28, 2008

DuNia ReMaJa..

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.
Bangkitlah wahai bangsaku..
bangkit!!!!!
Hasil nukilan bernas
dari
Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli

Friday, December 26, 2008

PLKN!! PLKN!!


Esok adalah tarikh keramat bg sume trainee PLKN 2008! hurm mesti korunk cam pewlik gek nape tetibe jer cakap pasal PLKN,,padahal nyew bkn kite yg t'libat en..??

sokay lah..juz nk penoh kan lg n luah kan perasaan..haha..xD..sengal jer..


hurm may be ade antre korunk yg abg or akk or kwn yg kene PLKN en..? ape korunk rse??
mesti sdeyh en..? 3 bulan 2 bkn skjp...lame gek...ade gek yg rindu gler babeng neh...mesti lah..esp, kpd abg or akk or kwn yg dapat jaoh2 tuh..lg la korunk rindu nyew...x(


mgkin bkan korunk jer yg sdeyh, maybe ikan peliharaan korunk gek..??or kucing ksygn korunk kew....??


.::'mereka' juga memahami perasaan 'mereka'..apatah lagi kite..?::.


neway, trainee2 PLKN ni kuar jer plkn troz ade dwet...RM 400 sumthing mesti ade dlm poket tuh..huhu...di nasihat kan mase 2, kite pakat rmai2 paw dowg..haha..sengal jer..xD..

money!money! $)

huaaa....sdeyh nyew...ta taw nk ckp cam ner dah...korunk taw ape rase nyew..maybe ade yg ta dew feeling,,tp sspe yg cam sntimental skt 2 mzt dah nangis nyew lah...



.::penantian selama 3 bulan::.
'cm nie kew rupee korunk nnt??haha..'
'




korunk jgn sdey2...after 3 bulan, korunk lps kn windu korunk 2..tp boleh kew?? kite dah ler PMR thn dpn....tkowt jer cuti kne beku..haha...xD..

'arghhhhh.................'

btw, GUD LARK 2 ALL TRAINEE PLKN 2009!! ^_^


Monday, December 22, 2008

ceRiTA LaWaK..LaYaN

cerita 1

Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada disampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air matakeluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. “Susan,isteriku,” ia berbisik. “Suamiku, jangan berbicara, berehatlah.”“Susan, saya harus mengakui sesuatu,” ia berkata dengan lemah.“Tidak ada yang perlu di akui,” jawab Susan dengan bersedih.“Semuanya baik-baik saja, tidurlah,” kata isterinya sambil menangis.“Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu.” “Saya tahu… ,” jawabnya.“Kerana itulah saya meracuni kamu… “

cerita 2

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”.. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing…


Nak LaGI??
NaNtikaN..

Sunday, December 21, 2008

Kisah Sedih 3 sahabat..

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat.
Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….


si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?


si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik


si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.



si A mula bercerita….


si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dahsampai kat tingkat 20.Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adikberadik seramai 4 orang… bla bla bla bla……Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56,


si C mula menyampuk



si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya
.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?


si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…


si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi


si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH TERTINGGAL DALAM KERETA….UWAAAAAAAAAAAAAAA

Monday, December 15, 2008

.::CaRa ToPuP RM10 TaHan LeBiH LaMer::.



hmm..org kata pkai line lg save dr prepaid..tp kor
g msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..


top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..


mgkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..


Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGA
T JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..


timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, s
o ada loopholes. kene try&error..





1) beli topup RM 10... gesek & ready.

2) k
org type < ** REC 10 > , then send to 09901

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.

4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902

5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;

<01234567891023> send to 09903

6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"


hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

Apa Nak Jadi Ngn Dunia Skg Nie..?????

Lagi Teknik Merogol Terbaru..!!!

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- merogol perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie...dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia,yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie.. kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan wayar berkuasa tinggi. Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada dimana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turut kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai polis yang berdekatan.

Khabarkanlah kepada rakan-rakan wanita anda.. selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi.

PEW YG BEZ SKG???

SONATA LABU LABI
"Nah amik nih telemovie dari Pemenang Raja Lawak 2 iai tu orang kampung sakai..Sapa lagi Nabil la...Cover movie sakai gune yang sakai pos citer senandung malam...Sangat sesuai utk ditonton umum" ... (Terima Kasih banyak ya gilasakai) .. ~Selamat Menonton~

Saturday, December 13, 2008

POSTO!!POSTO!!




SURAT 'MAUT' DH SMPAI DOWH!!!

t'ketaq pale lutut ngk SURAT MAUT dh smpi umh..(jengjengjeng!!!) suspen gler ouh,,TUHAN jer taw mse 2..t'jerit, t'lolong, t'pekik, dan sgler 'ter' r yg jd ble surat dew kt tgn..
nk buang kew nk bkk??? kew nk bakar? haha..sengal jer..pape hal msk umh dlu..


bkar result?? siyes r? haha

dh ttp pin2 umh,,,snyp2 msk bl8..
DUP!DAP!DUP!DAP! b'debar syot!..pelan2 bkk surat 2...







HAH??!#%#~! NI YG AQ DPT?? SIYES R??.......




frust gler ouh!! cm2 rse dew...:'(


hurm..nk wt cm ner..dh nsb bdn..pdn mke..mls lg..tp xpew..leh usahe lg..PMR lmbt lg..cheee..xdew lah...pejam celik,pejam celik,dh PMR..

pas dh taw result, t'pkse ler mnebalkn mke gtw parents..spe yg result gmpak, t'sengih jer r..spe yg cm..tutttt,,reda jer pew yg kne..mnd dh lps..xkn nk amek RETEST lak..haha...

SO, GUD LARK lah gtw kowg ny parent..hop xdew yg frust menonggeng!!..
daa~~...


biler result nak smpi weyh??!


RESULT..RESULT...RESULT...!?!?!??..
cuak gler 2nggu rslt kuar...spe yg star tuh best ar 2nggu..spe yg cm sengal2 cket nih xD,rasa lebih bgs x dpt rslt..dr kena bebel ngan parents...hahaha..XD...hurm...biler ar agaknyew result nk smpi....ho2..puas 2nggu tapi x smpi2 gak!!



hurm...pew lah agk ny result ak erk????????
(t'menung mngenang RESULT!!)

tiap2 ari gi usha uncle posmen tanya surat dr "PENJARA" tuh..haha..jgn mre..RESULT!! NER KO RESULT??!haha..sengal jer..


tp scre jujur, rse ny klu smpi pown xdew effect pape pown..haha..stkt thu no. then meraung coz result trok..2 jer r..tp bg yg star 2, bez r..tp rse skjp jer r..pas2, sme jer..smpi skowl br rse blk..
lg bgs bg kt skowl jer..xdew r owg frust menonggeng kt umh..kne mrh r, bengkak mte r, pew r...serabot jer...


so, GUD LARK r dpt surat 'maut' dr pnjara 2..
spe yg m'capap nek ats pnts taon dpn, TAHNIAH ler erk..
spe yg xdpt msk dewan 2, jgn sdey,,,kte leh wt pntas sndr blkg dewan 2..ahakz!!


PMR DEW LG!!..KTE SUME 6T NEK ATS PNTS 2!! ROBOH KN JER!! HAHA!!

Friday, December 12, 2008

nombor AKU adalah..................




pilih salah satu nombor yang mewakili fikiran anda sekarang. gunakan tajuk "nombor AKU adalah..."



1. baru lepas break up(happy sgt!)
2. baru lepas break up(sedih sgt!)
3. baru lepas break up(putus asa)
4. baru lepas break up(terpaksa)
5. baru lepas break up(saje jer!)
6. baru lepas break up(padan muka dia!)
7. single dan baru lepas kena reject (tak kisah pun. its your lost!)
8. single dan baru lepas kena reject (aduhh melepas lagi!)
9. single dan baru lepas kena reject (aku dah putus asa!)
10. single dan baru lepas kene reject (aku dah tak nak jumpa dia lagi!)
11. single dan sdg mencari
12. single dan happy sgt :)
13. single dan dah putus asa
14. single dan anti couple
15. single dan tak kisah
16. single dan sedang menyukai some1 (dia tak tahu)
17. single dan sedang menyukai some1 (saya harap dia suka saya jugak)
18. single dan menyukai some1 (dia fikir saya bergurau)
19. single dan meyukai some1 (tak mungkin dia couple dgn saya)
20. single dan sedang memikirkan ex
21. berpunya (boring sgt!)
22. berpunya (kami akan break up)
23. berpunya (saya tak nak parents tahu)
24. berpunya (kami bahagia^^)
25. berpunya (parents dpt tahu tp kami akan teruskan jugak)
26. berpunya (dia curang!)
27. berpunya (kami akan berkahwin)
28. berpunya (terpaksa)
29. berpunya (kami cuma main2)
30. berpunya (kami pernah kiss/make out)
31. it's complicated~ (always pray for the best)
32. aku hanyalah aku...(aku). ...
33. aku single ~ pstu xGF aku kapel ngn budak umah aku sendiri (hahahahaha ~ aku rocks)
34.aku pn tak sure..mane nak apply..??

bCe niE sAt,,!




Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

s0, wUt C0L0uR r u??


Since you opened this survey
you get to choose the color of what
you feel today.....or your MOM will
DIE ur FATHER will be KILLED in an
accident.


Here are the colors that you can
choose from:
PURPLE- feeling a little lonely.
WHITE -having problems.
GREEN- just relaxing.
YELLOW- addicted to candy.
PINK- feeling so happy.
GRAY- having a boring time.
BLACK- craving for chocolate.
AQUA- hyper hyper.
ORANGE- not in love.
SKY BLUE-calm.
RED- happy because the person you love
loves you back.
GRAY- you like someone.
MAGENTA- heart broken.
BROWN- the person you like
doesn't like you.
PEACH- your not bored. you got a lot
of fun activities to do.
GOLD- saving money for this vacation.
CHOCOLATE- your really in love and you
cant stop thinking about the person
you love.
HOT PINK- you feel hot.
BLUE- you like someone but you
don't know how that someone feels about
you
"my color is ______, what's yours? :))





Sunday, October 26, 2008

AdaB BeRSaHaBaT BaHaaGiaN 2

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.

nntikan adab bersahabat bahagian terakhir(3)

Saturday, October 25, 2008

Adab Bersahabat Bahagian 1

DI DALAM BERSAHABAT.. .

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

Nantikan bahagian 2...

Saturday, October 4, 2008

SeLaMaT HaRi RaYa..


Assalamualaikum..


Selamat hari raya kepada semua warga sbpi temerloh khususnya kepada ahli-ahli form 2.Saya wakil form 2 ingin memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada terkasar bahasa,salah silap dan tutur kata kepada seluruh warga sbpi temerloh..


SeLaMaT HaRi RaYa..
MaaF ZaHiR BaTin..

Wednesday, October 1, 2008

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Adakah kita salah satu daripada sepuluh di atas??
RENUNG-RENUNGKAN....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI
MAAF ZAHIR BATIN
-1 Oktober 2008-

7 Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Saturday, September 27, 2008

Adab Makan Yang Baik(Siri 2)

  • Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  • Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  • Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  • Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
  • Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.

Sunday, September 14, 2008

SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1.Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 .Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


wallahua'lam

Adab Makan Yang Baik (Siri 1)






  • Makan hanya bila terasa lapar.

  • Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.

  • Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”

  • Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

  • Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

Nantikan adab makan yang baik(Siri 2)

Saturday, September 6, 2008

Adab Berpuasa Bagi Mendapatkan Keredhaan Allah S.W.T

Selain dari amalan ibadat wajib dan sunat yang diperbanyakkan di dalam bulan Ramadan, kita perlu menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan puasa itu menjadi sia-sia.

Pertama...
Hendaklah mengelak pandangan ke tempat-tempat yang dilarang, setengahnya pergi lebih jauh iaitu melarang melihat walaupun isteri sendiri dengan pandangan bernafsu, apatah lagi wanita-wanita lain. Begitulah juga melihat perbuatan-perbuatan maksiat atau jika maksiat itu dilakukan, hendaklah dijauhi daripadanya.
Rasulullah (saw) bersabda: "Pandangan adalah seumpama anak panah daripada syaitan. Barangsiapa takut kepada Allah, jauhilah dirinya daripada melihat kepada maksiat. Maka Allah mengurnia-kannya dengan suatu (cahaya iman) yang kemanisan dan keghairahannya akan terasa di hati.”

Kedua...
Jagalah lidah daripada berdusta, perbualan yang sia-sia, mengumpat, hujjah-menghujjah, bersumpah-sumpah dan sebagainya.
Pada zaman Rasulullah (saw), dua orang wanita sedang berpuasa dan tidak dapat menahan keperitan kelaparan, sehingga kedua-duanya hampir maut. Para sahabat membawa berita ini ke pengetahuan Nabi (saw), lantas baginda mengirimkan sebuah mangkuk dan menyuruh mereka muntah ke dalamnya. Apabila kedua-duanya memuntahkan isi perut mereka ke dalam mangkuk, maka keluarlah ketulan-ketulan daging mentah dan darah. Para sahabat terperanjat besar, lalu sabda Rasulullah (saw): "Mereka berpuasa dengan makanan yang halal tetapi mereka mengumpat semasa sedang berpuasa, maka keadaan puasa mereka menjadi semakin payah. " Oleh sebab itulah kedua-dua wanita itu hampir-hampir menemui maut.Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: "Apakah itu mengumpat?" Rasulullah (saw) menjawab: "Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka." Selanjutnya Sahabi itu bertanya: "Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?" Rasulullah (saw) menjawab: "Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya."

Ketiga...
Hendaklah kita berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang makruh. Samalah juga haram mendengar kepada sesuatu yang tidak sepatutnya disebutkan.
Rasulullah (saw) telah bersabda: "Mengenai mengumpat, kedua-dua pengumpat dan orang yang mendengar keadaannya adalah sama berkongsi dosa."

Keempat,...
Lain-lain anggota jasad hendaklah dijauhi daripada dosa dan perkara-perkara yang haram. Tangan jangan menyentuhinya dan kaki janganlah berjalan ke arahnya. Mengenai perut, hendaklah berhati-hati agar ketika mengambil makanan, khasnya semasa berbuka (iftar), tidak ada yang memasukinya daripada sesuatu yang diragu-ragukan sama ada halal atau tidaknya. Seumpama orang yang berpuasa yang kemudian semasa berbuka, memakan benda yang haram adalah seperti orang yang sakit memakan ubat tetapi mencampurkannya juga dengan sedikit racun yang akan membinasakannya.

Kelima...
Tidaklah digalakkan memakan sekenyang-kenyangnya semasa iftar walaupun makanan itu halal kerana maksud daripada puasa kita tidak akan tercapai. Tujuan puasa adalah untuk mengekang nafsu syahwat kita dan meninggikan keyakinan serta memperkuatkan rohaniyah kita. Selama sebelas bulan kita makan dan minum dengan sebebas-bebasnya, maka pada bulan Ramadan, patutlah kita mencerut sedikit perut kita. Selalunya, kita menjadikan tabiat buruk dengan memenuhkan perut kita sepenuh-penuhnya semasa iftar dan sekali lagi menyumbatnya tatkala bersahur sebagai persiapan menghadapi siang harinya. Maka sebenarnya kita menambahkan purata makanan kita. Dalam Ramadan, jenis makanan yang kita makan, tidak pernah dimakan pada masa-masa lain. Pemakanan yang begitu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan semangat Ramadhan dan berpuasa. "Syaitan mengalir ke dalam jasad kita seperti darah, maka tutuplah jalannya dengan berlapar."Begitulah juga, perasaan akan dapat dipupuk terhadap si miskin dan orang yang lapar. Nabi saw kita sendiri bersabda: "Tidak ada yang lebih dibenci oleh Allah (swt) selain sesuatu yang diisi penuh iaitu daripada memenuhi perut dengan makanan." Pada ketika yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Memadailah beberapa suap makanan yang dapat meluruskan belakang, satu pertiga dengan minuman, sedang satu pertiga lagi dibiarkan kosong."

Keenam...
Selepas menjalani puasa, hendaklah selalu berasa bimbang sama ada puasanya diterima Allah ataupun tidak. Beginilah hendaknya dilakukan kepada semua bentuk ibadah. Seseorang itu mungkin tidak menyedari bahawa bahagian-bahagian yang penting tertinggal. Hendaklah berasa takut-takut mungkin amalan-amalan kita akan ditolak oleh Allah. Peristiwa-peristiwa begini banyak diriwayatkan dalam hadis. Maka seseorang yang berpuasa bukanlah setakat berpuasa dengan ikhlas tetapi hendaklah dengan pengharapan agar puasanya diterima oleh Allah (swt).


Enam perkara yang disebutkan di atas adalah wajib bagi orang-orang yang benar-benar bertaqwa. Kepada yang lebih bertaqwa lagi, perkara yang ketujuh ditambah lagi kepadanya. laitu, semasa menjalani puasanya, janganlah dia bimbang apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka. Sebahagian Syeikh-syeikh sampai menganggapnya sebagai batal apabila memikirkan mengenai makanan untuk berbuka ataupun seseorang itu berusaha untuk memperolehi sesuatu, kerana perlakuan yang demikian menggambarkan kelemahan keyakinannya terhadap janji Allah yang mengambil tanggungjawab untuk memberi rezeki.


Altimas' followers forever!