BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 12, 2011

Altima Selamanya.

SAYANG ALTIMA SELALU, welcome back to school =]





ALTIMA. ALTIMA. ALTIMA. ALTIMA. ALTIMA. ALTIMA. ALTIMA. ALTIMA.
Sentiasa sayang ALTIMA =]




Essay Test Taking Tips

Essay Test Taking Tips


Preparing for an essay test exam requires a different type of methodology as compared to the other tests. One of the most important is getting organized: the examinees need to collect their notes and other resources that will be needed for the study so that they can concentrate on the task at hand be productive. The examinee should ensure that they have been taking good notes in class so that they have the right type of material to study. The examinee needs also to identify and understand the major points that their instructors emphasized in class as they may develop the essay test questions from these areas.

The examinees should then begin an exam review. This entails the prediction and formulation of different types of essay questions. Some of these questions are available in different sources such as textbooks’ boldface and the examinees can turn them into questions by use of various key words like explain, define and describe. The other source is the course outline which will contain the various topics in the course. The other sources of these questions are the end-of-chapter discussions and brainstorming with fellow students.

Once the questions have been formulated, the examinees need to create a study sheet for each. They should then review their lecture notes, textbooks and study guides in order to record the relevant material for each question to be used when answering the questions.


Tips and Tactics on How to Succeed On the Test
Apart from being prepared, there are additional tips that the examinees can apply in order to succeed.

  • They should read the directions properly and carefully in order to know what they are required to do.
  • Ensure that they have understood what the question is asking them and if not, they should ask their instructors.
  • Budgeting their time is very important because it will allow them to spend adequate time on each easy question and enable them provide adequate materials as required.
  • It is recommended that they make an outline before they start their essay as this will enable them to come with a more fluid and organized essay.
  • When writing, they should not focus on long introductions and conclusions as this will take a lot of their time.
  • It is imperative to focus on one idea per paragraph.


GOOD LUCK!

Friday, June 10, 2011

Berikut adalah senarai jenis makanan terbaik untuk kesihatan otak kita, sebagai pelajar.. Kesemua makanan ini bukan saja lazat dan menyelerakan, malah sangat berkhasiat untuk kesihatan otak kita supaya lebih cerdas, memori sentiasa segar dan mampu mudah mengingat, so time exam nanti takdelah yang tido da..


1. Coklat atau koko
Coklat memang digemari oleh kite, kan? Bagus2, sebab tepung coklat sebenarnya sangat berkhasiat kerana ia mengandungi 'antioxidants' paling bertenaga yang penting untuk membantu meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak, supaye tak ngantuk da dalam kelas. Jadi, kalau ngantuk dalam kelas, makan coklat, bukan gula-gula.


2. Ikan
Asid lemak atau dikenali sebagai omega3 yang terkandung dalam ikan amat bermanfaat untuk tubuh. Sebagai contih, omega3 membekalkan banyak oksigen ke otak lalu membolehkan otak akita menyimpan banyak maklumat baru di samping mengekalkan memori lama atau yang sedia ada. Antara jenis ikan yangmempunyai banyak asid lemak ialah ikan haring, salmon dan tuna. Tapi, kite kalau kat dema, berebut makan ayam je, patut la..



3. Kekacang dan Bijian
Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kekacang dan biji-bijian seperti hazelnut, kacang tanah, almond, walnut,pecans dan sebagainya adalah benar-benar baik untukkesihatan otak. Hal ini demikian kerana ia jugamengandungi Omega-3 serta Omega-6. Ia telah diketahui sebagai anti-depressants kerana mereka membantu kita berfikir secara positif.



4. Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti kobis, bayam dan lain-lain sangat bagus untuk otak kita kerana menmgandungi vitamin B6,vitamin B12 yang sangat membantu ketika kita perlu mengingati maklumat lama dan memproses maklumat yang baru saja kita pelajari.



5. Serbuk Kari
Kari mengandungi antioksidan yang melawan penuaanotak dan memelihara fungsi kognitif semasa umur manusia menjadi tua. Kari juga mengandungi antioksidanuntuk melawan kerosakan 'radial' bebas yangmenyebabkan peradangan dan penyakit lain. Tapi saye pon tak suke kari =[




6. Beri
Beri yang penuh dengan anti-oksidan sangat baik dalam meningkatkan kemahiran motor dan kemampuan belajarsecara keseluruhan sementara flavenoid sangat baik untuk meningkatkan memori.



7. Teh
Teh atau teh hitam mengandungi catechin sangatbermanfaat bagi otak. Katekin membuat fikiran segar dantajam, juga mencegah keletihan mental. Baik teh hitam dan teh hijau sangat baik untuk kesihatan.
*Ait teh dema terbaekkk!




8. Tiram
Tiram kaya dengan zat besi dan zink yang memelihar otak sentiasa tajam dan berkemampuan untukmeningkatkan daya ingatan. Ini adalah makanan laut kedua yang paling sihat dan sangat berguna bagi otak manusia.
*Kat dema takde tiram ponn?



9. Telur
Telur mengandung vitamin B12 dan lesitin. Vitamin B12 bukan saja mencegah penyusutan otak yang terjadi akibatpenuaan, tetapi juga mencegah penyakit Alzheimer.Walaupun telur mengandungi kolesterol tinggi tetapi ia juga mengandungi choline yang tinggi, yang merupakanbahan pembinaan sel otak.
*Same je cam belajar Bio..



10. Bijirin
Semua jenis bijirin terdiri daripada vitamin B6 yang penuh dengan timin, sangat berguna untuk meningkatkanmemori. Bijirin juga meningkatkan aliran darah ke otak dan amat diperlukan dalam membantu fungsi otak. So, kalau sarapan cornflakes kat dema, jgn tak pegi pulak..



Monday, June 6, 2011




FOBIA untuk lihat ALTIMA 0711 di PUNCAK JAYA.
SEMANGAT WAJA. =]

Sunday, June 5, 2011

success + kejayaan = النجاح



































and ...respect you choose....










Jom menuju kejayaan...


Rasulullah saw. bersabda:

عن أبي موسى الأشعري ـ رضي الله عنه ـ عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ قال : ” المؤمن للمؤمن كالبنيان ، يشد بعضه بعضاً ، ثم شبك بين أصابعه ، وكان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ جالساً ، إذ جاء رجل يسأل ، أو طالب حاجة أقبل علينا بوجهه ، فقال : اشفعوا تؤجروا ، ويقضي الله على لسان نبيه ما شاء ” . رواه البخاري ، ومسلم ، والنسائي

Dari Abu Musa Al Asy’ari ra. dari Nabi Muhammad saw bersabda:“Orang mukmin itu bagi mukmin lainnya seperti bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Kemudian Nabi Muhammad mengabungkan jari-jari tangannya. Ketika itu Nabi Muhammad duduk, tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bantuan. Nabi hadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: Tolonglah dia, maka kamu akan mendapatkan pahala. Dan Allah menetapkan lewat lisan Nabi-Nya apa yang dikehendaki.” Imam Bukhari, Muslim, dan An Nasa’i.

Dah baca?

Jadi, sebagai satu keluarga besar ALTIMA 0711...

Jomla,

Bantu rakan-rakan kita,

Ke arah kecemerlangan SPM idaman semua...

Siapa yang tak nak?

Semua nak kan?

Ingat, selain dapat kejayaan...

Allah tetap kurniakan pahala...

Insya-allah...

Amin...

Firman Allah swt:




وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ



Maksudnya :Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.




Jom menuju kejayaan.. =)


Wednesday, June 1, 2011

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum rakan-rakan Altima semua!! Kita semua nak cemerlang kan?? Apa kata cuba baca ni..
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.


2. Read More! Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Harap-harap kita semua cuma amalkan ini ya ;D
Semoga bermanfaat!. :)

Altimas' followers forever!