Bismillahirrahmanirrahim!
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan spt membuat amalan:-
1.
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas
air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari
penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh
disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud.
Friday, February 8, 2008
Sejenak renungan kehebatan keajaiban Islam dan Allah
Posted by ALTIMA0711 at 4:49 PM 0 comments
Labels: -aiman0827-
Wednesday, February 6, 2008
'P 'aLoR SeTaR
Pada suatu hari,seorang pak cik dari pokok sena baru mendapat lesen.Dia ingin pergi ke Bandaraya Alor Setar.Dia menaiki Honda untuk pergi ke sana.Dalam perjalanannya,pakcik itu di tahan oleh pegawai polis kerana motornya tidak ditampal pelekat lesen 'P'.Maka bermulalah perbualan mereka:
*Pak Cik(PC)
*Pegawai Polis(PL)
PL:Assalamualaikum Pak Cik!!
PC:Waalaikumsalam!!
PL:'P' mana pak cik?
PC:Pi Alor Setaq..
PL:'P'mana pak cik??
PC:Pi Alor Setaq..
PL:'P'mana pak cik?????
PC:awak ni pekak ke apa??saya cakap p alor Setaq LA...
Pegawai Polis itu membiarkan pakcik itu beredar...
PL:pakcik ini memang tak faham betul la...
Posted by ALTIMA0711 at 9:49 PM 0 comments
Labels: -eHsaN-
Thursday, November 22, 2007
SYaiTaN aMaT TaKuT PaDa ORaNG YaNG TiDaK SeMBahYaNG..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tazkirah buat semua..
Ada seorang manusia yang bertemu dengansetan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidakmengerjakan solat, maka setan pun sambiltersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam.
Kemudian ketika datang waktunya maghrib,temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"Dengan keheranan manusia ini bertanya,"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?"."Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja ku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud padaAllah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beredar pergi."
Sebarkanlah ajaranku walaupun sepotong ayat.
Posted by ALTIMA0711 at 9:48 AM 1 comments
Labels: -aFiF0833-