BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 31, 2008

KaPaL TeRBaNG..

Kapal terbang sedang membawa sekumpulan pesakit gila bagi tujuan memindahkan mereka daripada hospital bahagia lama ke hospital bahagia baru.
Sedang dalam penerbangan pesakit-pesakit gila tidak duduk satu tempat dan membuat bising sahaja, maklumlah orang gila lah katakan.
So, Pilot memberitahu kepada Co-Pilot ” awak pergi kat depan tu dan suruh mereka diam peninglah kepada saya”
So, Co-Pilot pun pergilah kedepan dan mereka semua diam….tetapi mereka tak diam masih buat bising, tiba-tiba datang seorang pesakit ni datang terus memberi tahu “Tuan cuma orang gila sahaja yang boleh bercakap dengan orang gila yang lain, memandangkan saya dah nak baik ni, biar saya sahaja yang beritahu mereka” lalu Co-Pilot pun berundur dan terus pergi kepada Pilot.
Selepas beberapa minit Pilot pun berkata ” Aik senyap jer apa yang awak dah buat pada mereka?” dengan perasaan hairan Co-Pilot pun pergi kedepan tetapi kosong cuma tinggal orang gila yang mengaku dah nak baik tu sahaja lalu Co-Pilot pun bertanya mana pergi semua pesakit lalu orang tersebut jawab saya kata kepada mereka “kalau nak buat bising sangat pergi lah main kat luar”

Monday, December 29, 2008

MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah /
Awal Muharram

1 Rejab 1424

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.



Sunday, December 28, 2008

DuNia ReMaJa..

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.
Bangkitlah wahai bangsaku..
bangkit!!!!!
Hasil nukilan bernas
dari
Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli


Altimas' followers forever!