BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

mENciPTa SejaRah sEKoLah..



Pasukan bola sepak sekolah bawah 15 yang diketuai oleh Mu-izzudin bin Harun dan timbalannya Abdullah Asif bin Shahamen telah mencipta sejarah sekolah dengan berjaya ke peringkat akhir bola sepak peringkat daerah buat pertama kalinya sejak sekolah ini ditubuhkan.




Di peringkat kumpulan, kami telah diundi bersama Sek.Men.Hwa Lian, SMK Sri Bahagia dan SMK kerdau.Pada peringkat suku akhir pula, kami dijadual bertemu SMK Sri Tualang iaitu naib juara pada tahun lepas manakala peringkat separuh akhir kami bertemu SMK Kuala Krau tetapi kami "umpama gembira dalam duka"apabila kami kecundang pada peringkat akhir bertemu SMK Abu Bakar.

Berikut keputusan:
SBPiT vs SMK Hwa Lian (7-0)
SBPiT vs SMK Sri Bahagia (3-0)
SBPiT vs SMK Kerdau (2-3)
SBPiT vs SMK Seri Tualang(2-1)
SBPiT vs SMK Kuala Krau (3-2)
SBPiT vs SMK Abu Bakar (0-2)

Senarai penjaring:

Afif Afnan (7 gol)
Mu-izzuddin (3 gol)
Ruzaini Hasif (3 gol)
Muhd Ikhram(3 gol)
Abdullah Asif (1 gol)

3 orang pemain tonggak kami telah terpilih untuk mewakili daerah Temerloh ke peringkat negeri yang diadakan di Jerantut,Pahang.

Mu-izzuddin bin Harun
Muhammad Azriq Firdaus bin Abd.Aziz
Muhd Ikhram bin Rezali

Kami berharap agar pasukan tahun hadapan akan membawa pulang piala yang kita idamkan selama ini.

Altimas' followers forever!