BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 10, 2010

Renungkan...

1. Assalamualaikum, inilah kali pertama aku tulis artikel dalam blog altima0711 ini selepas dijemput oleh admin.
2. Sebenarnya, cuma nak dikongsikan sedikit pengetahuan yang baru diperoleh pada hari ini ketika sedang mendengar khutbah jumaat di sebuah masjid.
3. Tajuk khutbah tersebut ialah, "Peranan Sedekah dalam Kehidupan Seharian" disampaikan oleh seorang khatib muda.
4. Apa yang menarik perhatian aku ialah sepotong hadith yang dibacakan tuan khatib tersebut,

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. berkata, " Seseorang yang pemurah hatinya akan dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Manakala seorang yang kedekut (bakhil) akan jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat mencintai seorang yang jahil tetapi pemurah berbanding seorang yang alim tetapi bakhil."
5. Daripada hadith tersebut, datang ilham kepada aku. Kita ahli Batch Altima 0711 yang bakal menduduiki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan perlu banyak melakukan kebajikan.
6. Antara kebajikan yang boleh kita lakukan adalah dengan bersedekah, bukan dimaksudkan oleh aku sedekah harta tetapi sedekahkan ilmu yang ada di dada.
7. Apa sahaja yang ada lebih di dada masing-masing, kongsikan dengan rakan-rakan.
8. Aku menyeru kita suburkan balik semangat Guru Muda yang telah diyakini mampu merealisasikan impian kita,

Altima 0711 No. 1 Pahang SPM 2011.

9. Semoga artikel yang pendek ini menjadi renungan kita bersama. Bukan apa, cuma inilah masa kita nak buktikan pada sekolah yang kita juga mampu berjaya.
10. Buangkan rsa iri hati, sifat rasis antara kelas dan rasa cenburu selama ini. Eratkan kembali ukhwah antara ahli Batch Altima 0711!
11. Sekian, buat renungan kita bersama...

Altimas' followers forever!