BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 17, 2007

EMaiL MiSTeRi

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Terdapat sebuah komputer di dalam bilik itu.Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya,dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu,dia pun terus menghantar email tersebut.



Di sebuah rumah di Pahang pula,seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.



Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak emailnya dan melihat sekiranaya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temanya.Selepas membaca email pertama itu si janda tersebut pun pengsan.Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer.



To:Isteri Kesayanganku

Date:30 June 2007

Subject:Abang telah selamat sampai




Abang tahu Sayang akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.Mereka telah menyediakan komputer disini pada ketika ini dan kita boleh menghantar email kepada sesiapa sahaja terutamanya insan kesayangan kita.



Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman disini.Abang lihat semua telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,Sayang.



Abang harap perjalananmu ke sini bermakna seperti apa yang telah abang lalui ketika ini.

0 comments:


Altimas' followers forever!